19 July 2012

Andaiku Bercinta Lagi






Guys saya taktahu nak luahkan kat siapa semua ni.Takut sangat nak bercinta dah sekarang sebab bagi saya lelaki semua penipu, dan selalu buat saya kecewa, merana :( Mereka hanya membuat saya seperti mainan, patung bila bosan mereka buang, bila berguna mereka pakai :')
Kalau kita menangis sebab putus cinta pun takguna kan? Kita menangis dia mana tahu pun. Tengok-2 dia ada pengganti baru sia-sia je kita menangis sebab dia. Ye memang sakit hati sangat-2 bila seseorang yang kita sayangi itu meninggalkan kita. Tapi sampai bila kita nak menangis sebab dia? Takkan nak sampai setahun pula. Saya adalah antara mangsa kesedihan itu. Saya ditinggalkan dengan sebab yang tidak munasabah dan amat mengecewakan saya.
Dia meninggalkan saya hanya kerana saya tak melayan nafsu 'SEKS' dia. Mesti korang pelik kan? Hm kitaorang dah lama kenal. Tapi bila dah terlebih kenal dia pula mula naik lemak dengan saya. Mintak saya layan 'SEKS' dengan dia *eeeeuuuww* Saya cakap kat dia'sorry i taklayan benda tu semua okay' Then dia cakap 'kalau layan dengan perempuan lain tahu pula marah' *Tersentap* Bila dia cakap macamtuu saya merasakan dia cuma untuk permainkan perasaan saya, saya terus menangis *lap airmata* kenapa dia macamtuu? kenapa dia tu? Tergamak dia cakap macamtuu *cakap dalam hati*
Dengan hati yang kecewa saya pun buat taktahu je kat dia. Bila rindu saya stalk facebook and twitter dia. Baca twitter dia sumpah menyakitkan hati. Boleh pula dia tweet 'searching' habis yang saya ni apa? Tunggul? Dia langsung tak text saya :( Tak call saya.
Saya dapat IM dari dia 'we are nothing right?' Ya Allah menangis lagilah jawabnya. Takkan sebab saya tak layan benda tu dia nak tinggalkan saya. Dengan senang hati dia berkata 'I'm leaving and remember this iloveyou bye'. Kalau dia sayang saya dia takkan tinggalkan saya hanya kerana benda tuuuuuuuuuuuu. Saya takreply pape pun, saya diam je tu bermakna saya sakit hati sangat-2 :( *menangis* apasalah aku kat kau wehh, takkan sebab tu saya tinggalkan saya. Kalau kau sendiri taksuka aku kau takpayah couple dengan aku dr dulu. Sumpah kecewa dengan perangai kau yang sekarang ni :(
Dengan adanya kawan saya pun story semuanya kat dorang. Dorang bagi saya semangat untuk saya bangkit semula :') dan dorang cakap 'ramai lagi lelaki yang baik kat luar sana' Saya mula bangkit dan mulakan hidup baru tanpa dia :)