10 August 2012


Hi. Pejam celik pejam celik dah nak raya. Sebulan bagaikan seminggu. Mesti minggu ni ramai cari baju raya, buat kuih raya. Huishh seronoknya bila dapat bf/gf raya ;D Mesti semua bahagiakan ada pasangan raya hee aku takda pun. Sedihkan? Tapi watlek lah kawan kan ada. Hm nak tanya ni, korang bahagia tak ada orang sayang korang. Mestilah bahagiakan? Rasa macam dunia ni korang punya right? Tahu dah heee. Aku? Aku taktahu lah *lap airmata* susah nak percaya lagi dah. Pintu hati dah tertutup rapat :/

Kekadangkan aku jealous tengok kawan aku bila dia bersweet-sweet dengan bf dorang. Aku buat dunno jelah kan haha dalam hati *eleh tak heran pun lah* hehe sebenarnya jeelous doh. Tapi aku rasa masih terlalu muda untuk aku bercinta. SPM pun tak lepas lagi ada hati nak bercinta ;p hahaha. Mama ada cakap 'kak kalau ada pakwe handsome pun tak berduit nak buat apa. Pilih yang sederhana je sudah' Hm betullah kan apa yang mama aku cakap. Handsome, lawa takkemana pun nanti kita ke kubur juga :')

Hidup kita ni bagaikan roda. Bila kita buat orang, suatu hari nanti kita pasti kena balik. Macam cinta. Kalau kita curang, nanti kita pun kena balik. Cinta tak kejam cuma manusia yang takpandai menghargainya. Cinta sangat indah jika kita pandai menghargai perasaan satu sama lain. Cinta juga tidak mengenal rupa tapi hati. Dengan hati kita dapat menilai seseorang itu samada dia sayangkan kita ataupun tidak. Aku adalah mangsa yang sering dikecewakan oleh kaum lelaki. Walaupun sakit bila cinta dipermainkan aku tetap kuat. Putus cinta takbermakna kita hilang segalanya. Kita masih ada Allah swt yang sentiasa ada masa susah dan senang. Aku percaya jika kita berdoa kepada Allah swt, dia akan membantu kita :') Aku inginkan dia tahu perasaan yang dah lama aku pendamkan. 'YA ALLAH, YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH. AKU HANYA BERSERAH KEPADAMU. AKU DOAKAN SESEORANG YANG AKU SUKA ITU BAHAGIA DENGAN ORANG YANG PALING DIA SAYANG. AKU HANYALAH INSAN YANG LEMAH. AKU NAK DIA TAHU AKU BAHAGIA DAPAT KENAL DIA. DENGAN DIA AKU MENGADU, DENGAN DIA JUGA AKU RASA HAPPY. DIA YANG TERBAIK UNTUK AKU. MELIHAT KAU BAHAGIA DENGAN ORANGLAIN DAH CUKUP MEMBUATKAN AKU BAHAGIA :') *lap airmata*

Orang kata kalau suka seseorang tu kita luahkan je kan? Tapi aku pendam je :p Malu kot nak bagitahu diaaaaaaaaaaaa. haha alangkah bahagianya bila dia juga ada perasaan kat aku. Bahagiakan? hahaha aku pun lah heee. 'KALAU SAYANG SESEORANG TU LUAHKAN KEPADA ALLAH SWT, JANGAN LUAHKAN DEKAT DIA NANTI ALLAH KURANGKAN RASA SAYANG TU. HEE MACAM SAYA LUAHKAN KAT ALLAH SWT :)


-THE END-


6 August 2012



Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan. Hanya yang pernah mengalami atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta.
Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya.

Hati kita sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan kita. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan kita, kita boleh terkena renjatan elektrik 1 badan. brr~ haha
Tiba-tiba kita berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan kita. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. kita curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati kita. Kalau boleh kita mahu si dia berada di depan mata kita 24 jam.Kita melihat bayangan wajahnya di mana saja kita pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kita mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.
Kita cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap kira. Anda berpakat dengan rakan untuk membuatkan si dia cemburu. hee

Aku takut nak bercinta lgi sebab takut dikecewakan macam dulu. Aku hanya suka tengok oranglain bahagia dengan couple dorang. Aww sweetnya lah~ Jodoh takkemana. Aku masih ada keluarga dan kawan-kawan :')